04 July 2009

Pengertian Sahabat...

salam semua...

kali ni fifie nk share dgn korang pengertian sahabat.. korang semua tentu tau yg sahabat jauh lbh istimewa dr kawan dan teman.. sahabat membawa maksud yg sgt mendalam.. nie krn, sahabat adalah seorang yg sudi berkongsi suka duka dan selalu bersedia menghulurkan bantuan ble dperlukan.. sahabat ley jadi seorang yg sama @ berlainan jantina (pd pendapat sy).. dan orang yg sangat3 bertuah adalah orang yg dkurniakan seorang sahabat yg terdiri drpd teman hidupnye sendiri.. stuju x korang? :)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Siapakah yang dikatakan sahabat? Adakah perlu dia kaya dan segak? Apakah perlu dia pandai mengambil hati? Mestikah dia tidak mementingkan diri sendiri? Atau.. sahabat adalah orang yang sekepala dengan sahabatnya? Satu hala tuju dan matlamat yang selari?

Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya? Atau.. Adakah orang yang dapat gembira suka dan duka bersama? Membantu bila sahabatnya kesusahan? Atau.. Seorang sahabat ialah orang yang menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah? Dia menegur apabila sahabatnya lupa.. Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya..

Kenapa mesti kita bersahabat???

1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, kerana manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerlukan.. Ibaratnya tidak ada diciptakan juga daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa.. Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman..

2. Sahabat adalah cermin diri kita.. Jka kita bersahabat dengan orang jahat,maka kita pasti dicerminkan sedemikian. Jika bersahabat dengan orang yang soleh, maka kita juga pasti dicerminkan sedemikian.. Oleh yang demikian, pilihlah siapa sahabatmu..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik.. Pilih sahabat yang baik seumpama jika kita berkawan dengan pelebur besi, maka kita pasti mendapat percikan api.. Tapi jika berkawan dengan penjual haruman, maka kita pasti berbau harumannya.. Dan pohonlah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredhaanNYA...



4. Sahabat merupakan antara teman plg rapat selain keluarga.. Bygkan apabila kte hanya rapat dgn kaum keluarga, tetapi x mempunyai sekurang-kurangnya seorang sahabat.. Alangkah bosannya kehidupan kerana tiada tempat mengadu apabila kesusahan dan tempat berkongsi kisah-kisah kegembiraan..

5. Sahabat merupakan antara tempat manusia mencurahkan kasih sayang.. Pd fitrahnya, manusia sentiasa memerlukan kasih sayang dalam kehidupan.. Oleh sebab yg demikian, berkongsilah kasih sayang anda seikhlasnya dgn sahabat.. Krn sesungguhnya, Allah menyayangi mereka yg menyayangi sahabat dgn hati yg ikhlas dan tulus seperti ahli keluarga sendiri..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


p/s fifie doakan korang dan diri sy sndiri gk akan jumpa sahabat yg sejati.. amin.. sejujurnya, ada beberapa orang kawan yg sy da anggap sbg kawan baik.. tp diulangi, definisi sahabat yg sgt2 dianjurkan oleh Islam adalah sahabat yg ley bimbing kte ke arah ilmu akhirat dgn baik.. sahabat yg terdiri dr pasangan hidup itu sgt baik, krn itu la pasangan yg telah Allah takdirkan utk kte jaga dgn sebaik-baiknya.. dan utk mendapatkan sahabat yg baik, bersedia la utk menjadi seorang sahabat yg baik terlebih dahulu.. mudah-mudahan Allah akan kurniakan seseorang yg terbaik utk kte.. wallahualam... :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

FIERINA'S PAGE © 2008. Design By: SkinCorner