29 November 2009

Selamat Ulang Tahun ke-20 Fifie Ierina...

bismillahirrahmanirrahim...

dear blog.. tarikh hari nie adalah satu tarikh yang begitu bermakna untuk diri saya.. izinkan untuk kali ini, saya menulis dari dalam isi hati saya yang ikhlas, khas dtujukan kepada seseorang yang punya tempat yang begitu istimewa dalam hati saya.. iaitu isi hati seorang gadis, yang pada saat ini masih lagi bertatih dan belajar perlahan-lahan untuk merangkak setelah menerima ketetapan Tuhan kepadanya...

awak yang saya maksudkan.. saya tidak tahu adakah satu hari nanti awak akan baca dan menghargai apa sahaja yang saya tuliskan pada malam ini.. malah saya tidak tahu adakah satu hari nanti, awak akan menyedari kehadiran luahan hati saya ini yang ditulis dengan kejujuran, hanya dengan niat untuk melepaskan apa sahaja duka yang telah sekian lama tersimpan rapat dalam hati saya.. saya tahu apa sahaja yang bakal saya tuliskan pada malam ini adalah terlalu panjang untuk awak.. cumanya pada saat ini, demi kasih sayang yang pernah Allah anugerahkan kepada saya, izinkan saya menulis...


awak yang saya maksudkan.. adakah awak masih ingat bagaimana Tuhan menetapkan pertemuan kte buat kali pertama? pada saat itu, saya hanyalah seorang pelajar lepasan SPM 2006 yang baru selesai menduduki peperiksaan, iaitu antara peperiksaan yang terpenting dalam hidup saya.. saya bosan di rumah, lalu bertanya kepada adik saya bagaimana untuk mendaftar halaman social networking.. perkara pertama yang dia ajarkan adalah akaun myspace.. pada saat saya masih begitu mentah d halaman myspace, entah bagaimana awak terjumpa page saya dan awak minta untuk berbual dengan saya.. pada saat itu, saya tidak lagi mempunyai sebarang gambar, tidak meletakkan sebarang klu tentang bagaimana rupa paras saya.. saya buka page awak, agak tampan orangnya.. namun, saya perasan awak seorang lelaki merokok.. seboleh-bolehnya saya tidak ingin berkawan dengan seorang perokok, lalu saya menolak dengan baik..

tidak pernah terlintas d hati saya untuk mengecilkan hati awak, lalu saya berkata kepada awak tentang segala kelemahan dan keburukan diri saya, untuk membuatkan awak faham secara halus.. niat hati saya hanyalah untuk membuat awak melupakan niat hati awak dengan baik dan pergi kepada gadis lain.. nyatanya awak tidak begitu.. semakin banyak keburukan yang saya sampaikan, semakin awak menyedari itu merupakan satu kelebihan.. pada akhirnya setelah beberapa bulan berlalu, awak masih tidak kenal erti jemu bertanyakan kepada saya perkara yang sama.. saya merasakan ada satu tarikan yang begitu mendalam tentang diri awak.. akhirnya saya bersetuju untuk memberikan nombor telefon saya kepada awak, hanya setelah awak bersedia memenuhi pelbagai jenis syarat dari seorang gadis biasa seperti saya...


awak yang saya maksudkan.. adakah awak masih ingat, pada saat saya perlu seorang rakan, awak adalah seorang rakan yang begitu jujur memberi nasihat kepada saya.. beberapa perkara berlaku dalam hidup saya, iaitu saya menyedari saya telah menyukai seorang lelaki lain yang tidak mungkin menyukai saya kembali.. pada saat itu, saya mula menyedari kehadiran awak di sisi saya.. awak begitu sabar melayani kerenah dan masalah saya, lalu saya mula merasakan hidup saya begitu bahagia mempunyai seorang rakan seperti awak...

kemudiannya pada satu hari, saya keluar bersama seorang rakan baik dan dua orang kakak angkat ke bandar JB untuk menonton wayang.. awak berada di JB dan saya berada di Kulai, Johor.. selesai menonton wayang, mulanya kami ingin makan di McDonalds.. tp kerana pada waktu itu tempat begitu penuh, maka kami bertukar fikiran.. pada malam sebelumnya, awak begitu mengharap saya datang ke tempat kerja awak dan singgah untuk makan selepas selesai menonton wayang.. saya tidak berani untuk memberi apa-apa harapan.. pada saat saya bertanya pada kakak-kakak tersebut d mana kami ingin makan, mereka menerima pendapat saya untuk makan di tempat awak bekerja.. kte sebaya, awak merupakan seorang pelajar lepasan SPM yang bekerja secara sambilan.. semuanya secara kebetulan, pada saat itu saya benar-benar tidak tahu apa yang Tuhan sedang rancangkan..


sesudah sampai, saya seperti tidak mengenali yang mana satukah awak, malah saya tidak berani mengangkat muka saya untuk mencari kelibat awak.. saya begitu berdebar-debar untuk berhadapan dengan awak buat kali pertama.. hingga akhirnya, rakan baik saya mengenali itu adalah awak, kerana hanyalah awak seorang yang tersenyum girang melihat kehadiran kami.. dua orang kakak angkat saya menyedari sesuatu sedang berlaku, mereka mengusik awak ketika awak sampai di meja kami untuk mengambil menu.. saya tertunduk malu namun saya tahu awak sedang tersenyum melihat saya.. pada akhirnya sebelum saya pulang, awak menahan saya buat seketika dan bertanya adakah saya ingin berbual sementara dengan awak.. muka saya merah menahan malu lalu mengatakan, saya tidak ingin awak dimarahi.. awak melepaskan saya pergi dengan satu senyuman yang tidak pernah lekang di bibir, sejak kali pertama awak melihat saya...

awak, lelaki yang saya maksudkan.. semakin hari semakin saya berasa selesa berkawan dengan awak.. kerana adanya awak, tidak terlalu sukar untuk saya melupakan seorang yang saya sukai hanya pada sebelah pihak sebelumnya.. akhirnya persahabatan kte semakin berkembang dan pada pertengahan Mac 2007, awak bertanya kepada saya adakah saya mampu memberi awak sedikit peluang untuk awak menghuni hati saya.. saya masih merasa ragu, lalu tidak mungkin saya mengatakan YA sebegitu mudah.. saya ingin melihat lebih banyak keikhlasan dalam diri awak.. akhirnya setelah begitu lama awak bersabar, saya merasakan tiada sebab lagi untuk saya merasa ragu tentang keikhlasan awak, tentang isi hati awak yang begitu tulus terhadap saya.. pada 3 April 2007, saya memberikan jawapan yang sudah sekian lama awak tunggu dari bibir saya.. bermulalah dari saat itu, saya berkongsi kehidupan saya bersama awak dan perlahan-lahan saya belajar untuk sebaik-baiknya memahami kehidupan awak.. awak hadir dalam hidup saya, seolah-olah melengkapi segala kekurangan dalam diri saya.. Allah mengizinkan saya hadir dalam hidup awak, saya jauh lebih berharap untuk melengkapi setiap segi ketidaksempurnaan dalam diri awak.. semakin hari perasaan sayang itu semakin mekar dalam hati saya dan saya sudah merasakan hidup saya begitu sempurna dengan adanya awak di sisi saya...


kemudian, setelah lebih dua bulan kte merasai nikmat bahagia, saya menerima sepucuk surat yang telah lama saya nantikan.. sepucuk surat yang nyatanya begitu dtunggu-tunggu oleh setiap pelajar cemerlang lepasan SPM.. tidak pernah saya duga, bahawa kehadiran surat itulah yang membawa ribut taufan dalam hubungan kte.. kerana dengan mempunyai surat itulah, impian saya sejak zaman sekolah lagi semakin hampir dalam genggaman.. sebelumnya telah saya ceritakan tentang kesederhanaan keluarga awak kepada ibu saya, apabila awak sendiri memberitahu ibu awak tentang saya.. saya lihat riak wajah seorang ibu yang tidak begitu senang kerana saya berkawan dengan orang seperti awak, tetapi ibu saya tidak mengatakan apa-apa, lalu saya menganggapkan ibu saya memahami saya..

selang beberapa hari selepas itu, saya dkejutkan dengan amaran keras kedua orang tua saya supaya memutuskan segala bentuk perhubungan dengan awak.. pada mulanya saya ingatkan itu adalah satu permintaan yang mampu saya tepis, namun nyatanya itu merupakan satu arahan keras yang tidak mungkin mampu saya tolak.. seorang ayah yang selama ini begitu lembut berubah menjadi seorang yang terlalu tegas lalu terus membuatkan saya menggigil ketakutan.. saya begitu kecewa, d hadapan mereka saya menangis.. saya terlalu kecewa pada saat kedua orang tua yang saya kasihi menjatuhkan hukuman pada kte berdua, tanpa terlebih dahulu mengenali peribadi seorang lelaki yang saya cintai.. berhari-hari saya menangis...


masih segar lagi dalam ingatan saya.. pada satu hari, ade satu hal yang berlaku d mana adik perempuan awak merajuk pada awak.. dia hanya diam tidak ingin berterus terang tentang perasaannya tapi saya begitu faham melalui air mukanya.. tak lama kemudian, awak mengusik adik perempuan awak dengan penuh kasih sayang.. rupanya seorang lelaki yang saya sayangi begitu peka dengan perubahan emosi wanita2 yang dkasihi dalam hidupnya.. kasih sayang saya semakin kuat terhadap awak.. malah pada satu hari awak mengajak saya singgah di rumah, lalu berjumpa kedua orang tua awak.. pada masa itu awak berbual dengan ayah awak, saya hanya menonton tv tidak jauh dari tempat awak berbual-bual.. ayah awak bercakap dengan suara yang agak kuat lalu saya terdengar.. ayah awak secara terus terang mengatakan, "gadis seperti inilah yang bagus djadikan seorang calon isteri".. saya terdiam seketika lalu saya mendengar awak membalas, "tapi Fifie ini begitu garang orangnya abah".. ayah awak tersenyum lalu menjawab, "garangnya seorang wanita itulah yang akan membantu die mendidik anak-anaknya menjadi manusia yang berguna".. pada saat saya mendengar kata2 ayah awak, saya hanya mampu menunduk malu.. pada saat pipi saya sudah begitu kemerahan, saya tau ade seorang lelaki yang sangat menyayangi saya sedang tersenyum girang melihat saya...

awak, lelaki yang saya sayangi.. setelah dpaksa menerima kata putus oleh orang tua saya, tidak mungkin saya memberitahu sebab sebenar kepada awak mengapa saya memutuskan hubungan secara tiba-tiba, pada saat kte begitu bahagia.. saya meninggalkan awak tanpa sebarang sebab, tanpa sebarang alasan.. saya hanya tidak ingin awak membenci kedua orang tua saya.. setelah lebih sebulan, sekali lagi pada satu malam awak meninggalkan msg yang begitu mengharukan dalam telefon saya.. msg awak begitu terkesan dalam hati saya, sekali lagi saya menangis.. saya tahu awak begitu tidak terurus setelah apa yang berlaku antara kte.. pada saat awak mengatakan hati awak begitu merana, hati saya sebenarnya sudah jauh lebih parah.. setelah semua orang sedang nyenyak tidur, saya beranikan diri saya untuk menelefon awak.. pada mulanya, saya hampir tidak mendengar suara awak.. kemudian, saya menyedari ade suara esakan yang begitu perlahan d hujung talian.. rupanya awak sedang menangis.. lelaki yang saya cintai sedang menangis.. hati saya tidak mampu menahan sebak, saya turut sama menangis.. pada saat Allah telah mencantumkan dua hati yang sudah terasa begitu sempurna dengan kehadiran satu sama lain, muncul pula dugaan yang tidak memungkinkan kte meneruskan perhubungan ini lagi.. awak tidak mungkin mampu melupakan seorang gadis yang awak cintai dengan mudah, manakala saya pula tidak mungkin mampu berpatah balik setelah saya menyintai awak terlalu banyak.. pada saat kte berdua menyedari kasih sayang yang sangat3 mendalam namun tidak kesampaian antara satu sama lain, begitu lama kte berdua menangis..


awak yang saya maksudkan.. sekitar bulan Julai 2007, saya dhantar ke Subang Jaya untuk melanjutkan pelajaran ke kolej persediaan.. pada masa ini, saya mempunyai sedikit kebebasan dr orang tua saya.. awak masih menghubungi saya dan pada mulanya saya merasakan saya hanya ingin kembali berkawan dengan awak.. tapi nyatanya, bukan itu yang awak harapkan.. berkali2 awak meminta saya menerima awak kembali, menggunakan bermacam-macam cara.. akhirnya pada kali terakhir, saya merasa bertanggungjawab untuk kembali menerima awak, apabila awak mengugut saya dengan mengatakan awak akan menerima ramai gadis dalam hidup awak lalu mematahkan hati mereka satu persatu demi membalas dendam pada saya.. bukan itu yang saya harapkan demi masa depan seorang lelaki yang saya cintai, lalu saya membuka hati saya untuk kembali menerima awak tanpa pengetahuan kedua orang tua saya.. kali kedua saya menerima awak, saya sudah berjanji dalam hati bahawa sekiranya hubungan kte berakhir lagi, itu bukanlah kerana campur tangan orang ketiga dari pihak saya, tp kerana kesilapan salah seorang dari kte...

dengan menerima awak, saya kembali merasakan hangatnya kasih sayang awak dalam hati saya.. tanpa saya sedari di kolej, begitu banyak hal yang tidak kena tentang diri saya lalu membuatkan orang2 di sekeliling saya membenci saya.. saya ceritakan semuanya yang berlaku pada awak, namun pada saat saya merasakan saya tidak lagi mempunyai sesiapa, awak masih lagi setia berada di sisi saya.. dugaan yang saya maksudkan di sini adalah dugaan yang begitu hebat dalam hidup saya, iaitu lebih dari setahun saya bersabar dengan kerenah mereka2 yang langsung tidak lagi menyukai saya.. selama lebih setahun, seluruh aturan hidup saya di kolej berubah 100% kerana saya terpaksa melakukan segalanya seorang diri.. awak berusaha memperbaiki keadaan kerana awak hanya ingin melindungi hati saya dari terluka lebih banyak.. mungkin cara awak itu sedikit salah, tapi saya tidak pernah ingin menyalahkan awak.. saya memahami isi hati lelaki yang saya cintai dan mengapa awak bertindak sedemikian..


mereka tidak dapat menerima apa yang awak lakukan, lalu mereka hanya bercakap yang buruk2 tentang awak di belakang saya, tapi saya masih mampu bersabar.. hati saya begitu terluka, namun setiap hari saya berdoa kepada Allah agar saya dberikan cukup kekuatan, bukan meminta agar mereka2 yang setiap hari menzalimi emosi dan hati saya dtimpa keburukan.. pada satu hari saya beranikan diri untuk bertanyakan kepada awak, apakah sebenarnya yang tidak kena tentang diri saya.. lalu dengan jujur awak menerangkan, hati saya begitu jernih tapi saya selalu bercakap lepas tanpa terlebih dahulu memikirkan akibatnya pada perasaan orang lain.. saya sedih lalu menangis.. berhari2 saya memikirkan tentang kata2 awak.. akhirnya saya muhasabah diri saya lalu perlahan2 saya cuba berubah ke arah yang lebih baik.. pada saat saya percaya saya sudah menjadi seorang insan yang lebih baik, mereka masih lagi hanya nampak keburukan saya.. saya redha.. berbekalkan pertolongan dan sokongan moral yang tidak pernah putus drpd awak lelaki yang saya cintai, saya menjadi seorang hamba Allah yang redha...

awak, masihkah awak ingat.. pada satu malam semasa saya masih di kolej, kawan baik saya yang belajar di Gombak menelefon dan mengajak saya keluar pada malamnya.. kerana hajat hati seorang kawan baik dan pada waktu itu saya mempunyai sedikit waktu lapang, tidak mampu untuk saya tolak.. katanya ingin berjumpa saya pada pukul 9 malam, lalu pada pukul 0845 pm lagi saya sudah sampai.. pada waktu itu, saya sudah pun mempunyai masalah dengan kawan2 saya, lalu di hadapan pintu masuk Sunway Pyramid yang begitu tersergam indah, saya seorang diri menunggu die dan beberapa orang rakannya yang dalam perjalanan menaiki kereta.. die katakan akan datang sedikit lambat, lalu saya isikan masa menunggu saya dengan melihat2 begitu banyak kedai.. pada saat die sudah lewat sejam, saya mula merasa sangat takut kerana tidak dtemani sesiapa.. saya menelefon die dan katanya punya masalah serius dengan seorang lagi penumpang lalu mereka harus berpatah balik..


ini bermakna pada saat mereka sampai di tempat saya, paling awal adalah sekitar pukul 11-12 malam.. saya mengigil ketakutan, tidak tahu apa yang harus saya lakukan.. tidak mungkin saya menelefon kedua orang tua saya hanya untuk membuatkan mereka risau tentang keselamatan anak mereka.. saya tidak mempunyai pilihan.. pada saat awak sedang bekerja, saya serba-salah menelefon awak.. saya sudah menangis dengan tubuh badan saya yang menggigil ketakutan, terlalu takut sesuatu yang buruk bakal menimpa diri saya.. awak memahami bahawa saya bukanlah seorang gadis yang biasa dengan kehidupan keluar pd waktu malam, apatah lagi di satu bandar yang begitu besar seperti Subang Jaya.. nyatanya awak terlalu risaukan keselamatan saya.. awak memujuk saya supaya berhenti menangis seperti seorang ayah yang memujuk seorang anak kecil.. kerana awak terlalu risau, awak mengarah saya supaya terus pulang tanpa perlu berjumpa kawan saya.. saya begitu takut untuk menahan teksi seorang diri, lalu awak pesankan kepada saya supaya jangan henti membaca doa.. akhirnya pada waktu jam menghampiri pukul 11:30 malam, saya selamat sampai ke rumah.. dengan pertolongan Allah, awak memberi jalan keluar kepada saya.. malam itu, saya tidak henti menangis sebelum tertidur.. pada saat seorang rakan baik mengkhianati kepercayaan saya, saya sangat terharu dan bersyukur kerana masih mempunyai awak.. sekiranya awak seorang suami yang halal untuk saya, pada malam itu, tentu sudah lama saya berlari ke pangkuan awak dan menangis dalam pelukan awak...

berbekalkan ketabahan dan kekuatan yang dpinjamkan Allah, saya bersyukur kerana masih mampu fokus pada pelajaran saya.. ini kerana saya mempunyai satu impian yang sangat jelas, di sebalik setiap dugaan yang begitu berat ditimpakan ke atas saya.. akhirnya setelah 18 bulan menamatkan kursus persediaan, keputusan peperiksaan saya cukup cemerlang untuk memenuhi impian saya yang sudah terpendam buat sekian lama.. namun sebelum saya pergi, ada beberapa perkara yang membuatkan kte selalu bergaduh.. lalu akhirnya saya merasakan, sudah tiada gunanya lagi saya bersabar dengan kerenah awak yang selalu tidak punya waktu untuk saya.. saya begitu berkecil hati kerana pada saat saya sudah hampir pergi, awak masih bersikap seperti saya ini bukanlah seorang yang penting dalam hidup awak.. janji saya dalam hati sedikit masa dahulu akhirnya menjadi kenyataan.. kali terakhir kte berpisah bukanlah kerana campur tangan orang lain, tp kerana kesilapan kte masing2..


sayangnya, pada hari terakhir sebelum saya berangkat pergi, saya hanya memikirkan awak.. di lapangan terbang, pada saat2 terakhir sebelum saya pergi, saya menangis apabila kedua orang tua saya memeluk saya.. berkali2 saya melihat ke belakang untuk mencari bayangan awak, tapi saya tidak jumpa.. dalam hati saya, ada satu angan-angan kecil seorang gadis.. iaitu saya begitu berharap awak akan datang kepada saya, membawa sejambak ros merah lalu mengatakan kepada saya awak masih terlalu menyayangi saya dan bersedia menunggu saya kembali pada awak.. lama saya tunggu kehadiran awak, tapi awak tidak datang.. akhirnya, sudah tiba masa untuk saya pergi.. kemudiannya saya tersedar, bahawa itu hanyalah angan-angan kecil seorang gadis berusia 19 tahun yang baru pertama kali mengenali cinta.. saya melangkah pergi dengan 1001 kesedihan yang begitu sarat dalam hati saya.. saya tidak ingin pergi, tapi awak tidak menghalang saya dari pergi.. saya pergi dengan membawa begitu banyak kedukaan dalam hati saya yang sarat dengan linangan air mata...

kini, saya selamat sampai di sisi lain bumi Allah yang begitu luas dan cantik sekali.. di sini, saya belajar erti ketabahan.. dahulu ketika saya masih baru di sini, saya masih lagi menghubungi awak dan selalu menyatakan kepada awak perasaan hati saya yang terlalu merindui awak.. namun sayangnya, keadaan sudah jauh berubah.. pada saat saya selalu berterus terang tentang perasaan hati saya, seperti ada satu tembok besar yang tidak memungkinkan kte untuk kembali bersama.. lebih kurang 2 bulan yang lalu, awak mengatakan awak kini telah mempunyai seseorang yang lebih berhak ke atas diri awak berbanding saya.. dengan membuka hati awak untuk gadis lain, maka terputuslah segala hak saya untuk masih menghubungi awak, untuk masih mengambil berat tentang diri awak walaupun saya masih begitu ingin berbuat demikian..


awak, lelaki yang saya sayangi.. hilangnya awak dari sisi saya memberikan tamparan yang begitu hebat pada kehidupan saya seluruhnya.. tanpa adanya awak, jujurnya tidak tahu dari mana saya akan dapat kekuatan untuk kembali memulakan segalanya seorang diri, seperti dahulu.. Ya Allah, berdosakah saya kerana menjadi hambaMu yang tidak pandai bersyukur? tapi tak mengapalah sekiranya saya berduka, asalkan awak bahagia.. kerana walaupun betapa payah, saya akan belajar bangkit semula perlahan-lahan kerana tiada lain yang saya inginkan melainkan kebahagiaan awak.. dan sekiranya apa sahaja yang saya tuliskan pada saat ini menunjukkan kasih sayang saya yang begitu mendalam untuk awak, anggaplah ia satu perasaan kasih sayang yang ternyata ikhlas dari seorang gadis yang pernah menyintai awak sepenuh hati.. tapi sekiranya awak percaya pada satu hari nanti awak akan berjumpa dengan seseorang yang mampu menyayangi awak jauh lebih banyak dari saya, maka anggaplah coretan ini bukanlah apa-apa..

awak seorang lelaki yang begitu penyayang, berhak mendapatkan setiap jenis kebahagiaan dalam dunia ini.. saya hanya ingin melihat awak bahagia, tapi saya tidak mungkin mampu melihat awak bahagia dengan wanita lain selain dari saya.. sejujurnya saya tahu, awak bukanlah seorang lelaki yang sempurna.. awak juga punya banyak kekurangan seperti orang lain.. tapi tidak mungkin saya kenangi segala kelemahan dan keburukan awak.. kasih sayang saya ikhlas, saya hanya ingin kenangi segala kebaikan awak sehingga ke akhir hayat saya.. saya tau bahawa selama ini, bukan mudah untuk awak bertahan dengan perangai seorang gadis yang begitu degil dan penuh emosi seperti saya.. dalam kenangan saya, awak akan sentiasa kekal sebagai seorang lelaki yang mempunyai hati yang terlalu baik dan begitu penyabar orangnya.. saya bersyukur kerana saya pernah menyintai seseorang seperti awak dan saya terlalu berterima kasih kerana Allah pernah menghadirkan kasih sayang yang begitu dalam daripada awak terhadap saya...


pada malam ini, genap usia saya yang ke-20 tahun.. adakah awak masih ingat, pada tarikh inilah setahun yang lepas kte berpisah untuk kali yang terakhir.. pada malam hari lahir saya yang ke-19 tahun, awak telah menghadiahkan kata2 perpisahan sebagai hadiah hari lahir.. pada saat usia saya genap 20 tahun, genap juga setahun tarikh perpisahan kte.. salah saya kerana memulakan pergaduhan, tapi hingga saat ini saya masih menyalahkan awak kerana menerima tanpa belas kasihan kata2 perpisahan yang tidak langsung saya maksudkan.. hadiah hari lahir paling menyakitkan dari seorang insan yang saya kasihi, yang tidak mampu saya lupakan sehingga ke akhir hayat saya..

nyatanya ini merupakan satu kenyataan yang sangat pedih, tidak tahu bilakah agaknya hati saya akan sembuh dari luka yang sebegini dalam.. namun andainya pada tahun ini ada satu hadiah hari lahir yang paling bermakna Tuhan ingin berikan kepada saya, hanya ada satu perkara yang ingin saya minta.. iaitu untuk melihat wajah awak yang sedang tersenyum sekali lagi, cukuplah sekadar dari jauh.. perasaan rindu saya pada awak terlalu mendalam, saya hanya ingin lihat wajah awak yang sedang tersenyum girang dan saya akan pergi jauh dari hidup awak sebelum awak menyedari kehadiran saya...


awak, lelaki yang sangat3 saya cintai.. pada malam hari lahir saya yang ke-20 ini, kerana saya tidak lagi mampu berada di sisi awak untuk mengambil berat tentang diri awak, maka saya berdoa kepada Allah agar satu hari nanti awak akan dkurniakan seorang isteri yang jauh lebih baik drpd saya.. seorang isteri yang akan menjaga, memahami, menghargai dan mentaati awak dengan sebaik-baiknya, seorang isteri muslimah yang mampu mendekatkan awak ke arah jalan yang dredhai, seorang isteri yang akan menjadi ibu yang baik dan tegas untuk anak2 awak, serta seorang isteri yang akan membahagiakan keluarga awak yang selama ini begitu mengasihi saya seperti anak mereka sendiri.. saya tidak mungkin minta apa-apa balasan untuk doa ini, kerana saya percaya semakin banyak kebaikan yang kte doakan untuk insan2 yang kte kasihi, semakin tidak terkira banyaknya kebaikan yang Allah akan berikan semula pada kte..

pada usia saya 20 tahun, saya sudah menetapkan dalam fikiran saya bahawa saya tidak ingin lagi mempunyai seorang kekasih.. demi Allah, saya berdoa agar saya cukup kuat untuk bertahan dengan pendirian saya.. pada saya, cinta itu terlalu menyakitkan untuk saya memberikannya berkali-kali pada insan bergelar lelaki.. sekiranya selepas ini saya menyintai seseorang lagi, biarlah selepas ini saya hanya menyintai seorang suami yang halal sepenuhnya ke atas diri saya.. saya ingin seorang suami yang penyayang dan bersedia menerima segala kekurangan diri saya dengan sifat kejujuran dan keikhlasan.. saya ingin seorang suami yang akan setia bersama saya hingga ke akhir hayat saya serta mampu menjadi pembimbing yang baik di dunia dan di akhirat untuk saya dan anak-anak saya.. tidak perlu 10 ciri yang saya sebutkan dalam entry yang sebelumnya.. tidak perlu seorang lelaki yang mampu menjanjikan istana dunia yang tersergam mewah, tapi cukuplah dengan seorang lelaki yang mampu membina mahligai indah kerana saya akan berusaha menjadi seorang isteri yang selalu setia memberi sokongan atas kerjaya baik-baik yang dlakukannya..


awak, izinkan saya dedikasikan sebuah lagu yang begitu menyentuh hati untuk seorang insan yang begitu saya kasihi.. kepada Fifie Ierina, semoga awak cukup tabah untuk mendepani segala dugaan yang lebih berat menanti awak di masa hadapan.. semoga Fifie akan menjadi seorang anak perempuan yang baik untuk kedua orang tua yang dkasihi dan tidak akan sekali-kali berputus asa bekerja keras demi menggapai segala impian yang diinginkan dalam hidup nie.. semoga Fifie akan menjadi seorang hamba Allah yang lebih taat pada suruhanNya dan selalu meninggalkan laranganNya, serta menjadi seorang wanita yang lebih matang dan tidak mudah menangis lagi.. Selamat Ulangtahun ke-20 Fifie Ierina, semoga hidupmu sentiasa dberkati Allah.. amin-amin ya rabbal alamin...

Nurul Efifi Mohamad Ngasri
29 November 2009 at 1200 am



29 October 2009

Lelaki Cmne yg Pmpn Ske Agaknye? :D

salam semua...

erm, dlm entry kali ni sy ade wat research ckit dlm internet.. tentu dalam blog org len da byk explain ttg perkara nie.. tp cmne yer? mgkn krn entry kali ni ade sikit pandangan dr cik admin kte, so ad beberapa perkara yg x sme.. insyaAllah, sy akan cuba sehabis baik untuk kongsi point2 yg relevan dgn kaum perempuan.. ok korang? =)


1. lelaki yg pye ilmu agama yg baik

bagi seorang wanita yg baik, ciri nie adalah sgt penting.. bg dri saya sendiri, kdg2 jeles sbnya ble nengok ade kawan kte yg bercinta dgn seorang lelaki yg cmni.. secara jujur, cinta pertama sy adalah seorang lelaki yg bkn jns nie.. byk bezanya, krn kami pmpn selalu mengharapkan lelaki yg kami sayangi mampu bimbing kami dgn baik, dunia akhirat..

2. lelaki yg penyayang dan caring

sejujurnye gk, sy sgt ske lelaki yg pye karakter spt nie.. krn sy sgt menghargai kasih sayang kut? hehehe, da jadi blog jiwang la plak kan korang? hurm, sbnya pmpn akan rse selamat dlm satu2 perhubungan 2 ble lelaki 2 selalu tunjuk perasaan yang die sangat sayang dan mengambil berat pada wanita yang die kasihi.. selalu tanya korang watpe, da makan ke belum, makan ape klu dah, npe lum makan klu jawab belum, sihat tak hari nie, dan sebagainye.. benda2 yang cmni kebanyakan lelaki mmg akan amek mudah pada hemat saya dari sisi pandangan kaum lelaki.. tp klu korang selalu wat sbnya mmg punya impak yang besar dalam memupuk emosi2 positif dalam diri seorang wanita.. dan pd sy, lelaki yg penyayang sgt mudah dilihat melalui perbuatan dan bukan kata-katanye.. buaya darat jek yang suka tunjuk kasih sayang melalui kata2.. heh!

3. lelaki yg pye natural sense of homour yang tinggi

pada saya, lelaki yg cmni adalah jns yg sgt best sbg kawan baik dan jge sebagai pasangan hidup.. ble orang yang kte sayangi wat lawak, x kre la lawak pandai ke lawak x bpe pandai ke, 2 adalah satu terapi yg sgt baik sebenarnya dalam satu perhubungan.. dan bagi diri sy personally, sy jenis yg sangat suka mendengar lelaki yg sy sayangi bercakap.. in one way, lelaki yg xde sense of homour x perlu rasa rendah diri.. cme korang perlu jadi lebih santai dlm satu perhubungan 2 ok? jangan jadi terlalu serius, selalunye pmpn xske dan mudah naik bosan.. haih~

4. lelaki yg jns memahami dan cemburunye berpada-pada

pd dri fifie, bahagianye klu dapat lelaki yg memahami.. krn pe ek? mungkin sebab perempuan jns yg hatinye lembut.. jd kami xske dimarahi wpn kami wat kesilapan x kre la besar @ pn kecil.. nasihat dari dri sy sdri, tegur la pasangan anda dengan baik dan berhemah klu die wat kesilapan.. dan kami jge ske lelaki yg kami sayangi cemburu.. tp awas! cemburu biar kena pada tempatnye.. jgn suka serkap jarang tanpa usul periksa.. :P


5. lelaki yg pemurah tp x terlalu boros

lelaki yg cmni mmg best.. mknenye, die akan keluarkan belanja klu korang keluar makan @ pape sekalipn.. hahaha! of course la kan, itu adalah HARUS ok? diulangi, HARUS.. weee~ bagi diri saya, lelaki yang cmni adalah sangat gentleman dan very da adorable gitu.. hehehe! so korang maybe akan fikir balik, yang super kedekut tahap haji bakhil nak belanja makwe makan tu x gentleman ke? erm... xde la nak cakap cmtu, cuma tahap gentleman tu ade negatif percent sikit la berbanding yang pemurah dan x terlalu boros nih.. =)

6. lelaki yg lembut dalam kata-kata tp tegas dalam perbuatan

mksd sy kt cni adalah, kami orang perempuan ske lelaki yg berhemah tinggi dalam pertuturan tp tegas pd ms yg sama.. krn kami paling xske lelaki yg nampak lembik pd mata pmpn.. wpn korang sayangi pasangan korang, plz bertegas dlm hal2 yg sepatutnye.. yg salah tetap salah, jgn biarkan smpai satu tahap yg kami rasa anda ok je sbnya gn kesalahan yg kami wat.. pastu sampai satu tahap, nak ungkit segala benda yang x puas hati dulu.. kan lebih molek kalau terus terang je ble x suka sesuatu? at least, perempuan yang korang sayangi sangat tu akan sedar la kan kesilapan die dan mgkn jge die akan berubah secara perlahan-lahan..

7. lelaki yg pandai menjaga keterampilan

haaa, lelaki yg cmni best kuasa dua.. hehehe! tp ad pro dan contranye la plak kn? uhuk uhuk.. takut dan risau je kalau2 lelaki yg kami sayangi jd perhatian ramai.. kalau rasa yang korang tu hensem, bersyukurlah.. x reti2 nak bersyukur sampaikan da x kenal ape erti setia? heh, poyo ok! tp maksud saya kat cni, jangan la jadi lelaki yg terlalu selekeh.. pakai la baju dengan kemas, shave regularly dan kalau rajin please please please gosok kemeja anda.. tak rajin pun kena gosok gak, huhu.. personally, first impression seorang pmpn utk lelaki yg bajunye x bergosok masa keluar berjumpa adalah agak rendah ok.. ok2, saya faham ade jenis kemeja lelaki sekarang nie yang sangat advance, fesyen kedut2.. tu bab lain okeh, len kali saya cte yang pasal tu :P


8. lelaki yg setia dan romantik pd orang yg dsayangi

erm, hehehe.. cm tau2 plak kan sy ske lelaki romantik? hahaha! erm korang yg lelaki, plz setia dgn pasangan anda.. pmpn xske lelaki kasanova ke, buaya darat ke, bauaya laut ke @ pape jek yg sama waktu dengannye.. sama jge dengan pmpn sebenarnya, xde beza pun dalam hal ni.. so, jadilah pasangan yg setia sebelum anda menuntut kesetiaan dr orang yg anda sayangi okeh? klu die x setia, tinggalkan la die cepat2.. insyaAllah, korang deserve yg lebih baik.. jgn sedey2 dan doa banyak2 k? kat sidebar sebelah kanan nie kan ade doa yang saya namakan sbg fierina's prayers.. sape2 berminat tu amek je okeh, saya izinkan dgn suka hati.. :)

9. lelaki yg pandai mengawal ego dan ade ciri seorang pemimpin


lelaki yg pye ciri kepimpinan yg hebat, mmg wat sy respek sgt2.. lelaki yg cmni da mkin kurang dalam dunia ni.. hehehe, ek'eh ye ker? tak macam kejam lak kan? sabar sabar, rileks rileks! teguran ikhlas, jgn mrah ok lelaki2 sekalian.. korang kaum lelaki, please jgn takut utk ke depan dan jadi seorang pemimpin.. mulakan dgn memimpin group yg kecil.. always take part in a discussion or whatever role to prove your leadership skills.. okeh? mgkn kalau ade aweks cun kat dalam disscussion group tu, perasaan respek 2 ley bertukar jd sayang plak? hikhik! =p

10. lelaki non smoker dan penyayang pd kanak-kanak

haaa, yg ni lagi satu penting sangat2.. please don't smoke guys, especially in front of us because we don't like that.. in fact, we actually HATE that okeh! klu pmpn 2 ske dengan lelaki yg merokok, mknenye die x normal.. hehehe, oh! apekah?? sejujurnya, nie adalah isi hati seorang perempuan.. tolong kurangkan tabiat merokok korang, at least d hadapan kaum perempuan yang anda kasihi.. rsenye korang pn lebih tau kan, yang silent smoker a.k.a pasangan anda sbnya lebih terdedah dgn kanser paru2 ble korang merokok dekat2 dgn die.. klu korang rse nk pmpn yg korang sayangi mati lebih cepat dr korang, sila la dengan sukacitanya teruskan dgn habit yg HAMPEH cmni okeh? heh! kadang2 ade je jumpa kat tepi jalan, ade sesetengah golongan lelaki yang selamba badak pergi hembuskan asap rokok yang konon macho la sangat tuh walaupun isteri die yang kat sebelah tu tengah mengandung.. hello cik abang! suka ke kalau anak tu lahir nanti x cukup sifat? geram betul! haaa, kan da emo semacam nih.. ok2 next point pulak, lelaki yang cyumel dan sangat la adorable a.k.a suka budak2 adalah antara ciri2 idaman wanita.. lelaki yg penyayang pd kanak2 adalah lelaki yg sangat3 sesuai dbuat calon suami mithali.. x caya tanya mak korang, hehehe :D

ok, hbs da 10 points.. huhu, jenuh menaip ni yerk? ingatkan senang jew tulis blog nie.. susah rupanye, kne fikir dulu nak tulis ape, nak cari topik yg best2 lagi, nak menaip lagi.. hahaha, xpe2! practice makes perfect.. ok korang, panjang dah nie.. sila jangan segan2 drop komen utk pape jew points yg korang setuju @ nk bangkang habis-habisan okeh? HAH APE, xnk komen sebab blogspot jek?? heh, ngada2 betul.. hahaha! terpulang la nak komen ke tak, saya cool je.. ek'eh salah, cik fifie sentiasa HOT jek.. hehehe, start mengarut dah.. ok2 korang, have a nice day okeh? salam :)

18 October 2009

Let's Improve Our Iman! (Part 2)

salam semua...

baiklah, fifie nk teruskan dgn topik yg fifie share sebelum nie.. d mana, ade perkongsian sgt bermakna yg sy dapat ble menghadiri majlis ilmu anjuran sebuah badan islam d universiti.. teruskan dgn bacaan korang k? :)

Resolusi #5
semak semula ayat2 yg dturunkan Allah.. mgkn keyword nie x betul sgt, cz i missed this part.. pertamanya, dberi surah 62 ayat 2 yg bermaksud, "Dialah yg mengutus seorang Rasul kepada kaum yg buta huruf dr kalangan mereka sendiri, yg membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menyucikan jiwa mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (Sunnah), meskipun sebelumnya, mereka benar2 berada dalam kesesatan yg nyata".. wallahualam, maksud yg nk dsampaikan dalam ayat nie adalah, kaum2 yg Allah ciptakan sebelum kedatangan Islam nyatanya adalah golongan umat manusia yg SESAT...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


kemudian, dberi pula kepada kami surah 33 ayat 72.. maksudnya adalah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan amanah kepada langit, bumi dan gunung2; tetapi semuanya enggan utk memikul amanah itu, dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanah itu oleh manusia.. sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh".. mknanya utk ayat yg nie pulak, Allah ingin menyatakan umat manusia nie dah la SESAT, ZALIM dan SGT BODOH pulak lg.. hinanya martabat manusia d sisi Allah pd waktu itu...

kemudian, kami dsuruh baca surah 95 ayat 5.. maksudnya, "kemudian Kami kembalikan dia pd tempat yg serendah-rendahnya".. maknanya yg nk bgtau, manusia itu adalah golongan yg SESAT, ZALIM dan SGT BODOH, malah HINA pulak lg.. hux3, sedey kn? :(


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


dan kemudian pula, kami dsuruh membaca surah 2 ayat 151, surah 3 ayat 164 dan surah 62 ayat 2.. yg menarik sekali adalah, semua ayat2 yg berkenaan sebenarnya mempunyai terjemahan yg terlalu hampir sama isi kandungannya.. berikut merupakan maksud bg surah 2 ayat 151, "Sebagaimana Kami telah mengutuskan kepada kamu seorang Rasul (Muhammad) dari kalangan kamu yg membacakan ayat2 Kami, menyucikan kamu, dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Qur'an) dan Hikmah (Sunnah), serta mengajarkan apa yg belum kamu ketahui".. maksud yg nk dsampaikan kt cni adalah, hanya SATU kaedah Allah utk membentuk manusia ke jalan yg benar dan jauh dr sisi kebodohan yg nyata.. iaitu adalah, dgn berpegang dgn kukuh pada kitab suci al-Quran dan hadis.. :)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Resolusi #6
Jalan yg terbaik adalah melalui tarbiyyah iaitu pendidikan.. maknanya, menjadi tanggungjawab pd yg tau utk menyebarkan pd yg x tau.. dan menjadi tanggungjawab pd yg xtau gk utk belajar dan bukan hanya menunggu supaya ilmu yg tersebut dsuap depan mata.. krenye, sgt penting utk pye inisiatif sendiri.. dan melalui proses pentarbiyahan, x semestinya kte akan terus dapat hasil yg kte inginkan.. maknanya, kte berusaha mengajak rakan2 pd perkara2 kebaikan, tp kejayaan bukan d tangan kte.. kejayaan dan perubahan yg dharapkan itu tentunya adalah milik Allah, jd terpulang pd kte utk berusaha dgn bersungguh2.. umar makruf nahi mungkar, insyaAllah... :)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Resolusi #7
Semua usaha haruslah bermula dr keikhlasan dalam hati.. maknanya, harus ikhlas utk belajar dan improve diri.. niatkan dalam diri, perubahan yg baik adalah dharapkan.. dan ini semata2 utk mendapatkan keredhaan dr Allah, dan bukan kerana sebab yg len (duniawi).. dan apabila usaha bermula dr diri sendiri, maka ia insyaAllah akan menjadi contoh yg baik pula utk orang len.. maka, selain membina semangat utk jd seorang muslim yg lebih baik, mgkn kte jge berupaya utk ajak orang len pd kebaikan secara tak langsung.. dan alhamdulillah, semua nie merupakan resolusi2 @ langkah2 yg sy dapatkan dr majlis ilmu tersebut... :)



ok korang? mudah-mudahan byk perkara2 kebaikan yg ley sy kongsikan dgn korang semua.. hasil dr majlis2 ilmu yg telah, mahupun bakal sy hadiri pd ms hadapan, insyaAllah.. segala yg baik datang dr Allah, dan maafkan sy atas segala kekurangan dalam 2 entry yg berkaitan nie ok? dan kt atas nie, sy nk share dgn korang satu video yg baru sy jpe d youtube, semasa mencari peneman menulis entry.. video nie sbnya da pn menjadi favourite sy pd saat sy menulis, kerana alunan bacaan imamnya yg sgt3 menenangkan jiwa.. selamat menjadi muslim yg lebih baik ok, insyaAllah.. salam... :)

06 October 2009

To All My Dear Friends...

salam semua...

kepada rakan2 blogger yg dkasihi sekalian, ade sesuatu sy nk kongsi dgn korang semua pd entry kali nie.. lebih kepada perkataan2 nasihat yg sgt bagus utk drenungi bersama.. so, jom tgk korang jatuh dalam kategori yg mne ok? :)

TO MY FRIENDS WHO ARE SINGLE

Love is like a butterfly.. The more you chase it, the more it eludes (avoids) you.. But if you just let it fly, it will come to you when you least expect it.. Love can make you happy but often it hurts, but love's only special when you give it to someone who is really worth it.. So take your time and choose the best..

TO MY FRIENDS WHO ARE NOT-SO SINGLE

Love isn't about becoming somebody else's perfect person.. It's about finding someone who helps you become the best person you can be..



TO MY FRIENDS WHO ARE THE PLAYBOY/PLAYGURL TYPE

Never say "I love you" if you don't care.. Never talk about feelings if you aren't there.. Never touch a life if you mean to break a heart.. Never look in the eyes when all you do is lie.. The cruelest thing a guy can do to a girl is to let her fall in love when he doesn't intend to catch her fall and it works both ways..

TO MY FRIENDS WHO ARE MARRIED

Love is not about "it's your fault", but "I'm sorry".. Not "where are you", but "I'm right here".. Not "how could you", but "I understand".. Not "I wish you were", but "I'm thankful you are"..


TO MY FRIENDS WHO ARE ENGAGED

The true measure of compatibility is not the years being spent together but how good you are for one another..

TO MY FRIENDS WHO ARE HEARTBROKEN

Heartbreaks last as long as you want and cut as deep as you allow them to go.. The challenge is not how to survive heartbreaks, but to learn from them..


TO MY FRIENDS WHO ARE NAIVE

How to fall in love: Fall but don't be stumble (make mistakes).. be consistent but not too persistent (refuse to let go very badly).. share and never be unfair.. understand and try not to demand.. and get hurt but never keep the pain..

TO MY FRIENDS WHO ARE POSSESSIVE

It breaks your heart to see the one you love happy with someone else.. but it's more painful to know that the one you love is unhappy with you..

TO MY FRIENDS WHO ARE AFRAID TO CONFESS

Love hurts when you break up with someone.. It hurts even more when someone breaks up with you.. But love hurts the most when the person you love has no idea how you feel..

TO MY FRIENDS WHO ARE STILL HOLDING ON

A sad thing about life is when you meet someone and fall in love.. but only to find out in the end that it was never meant to be.. and that you have wasted years on someone who wasn't worth it.. If he isn't worth it now, he's not going to be worth it a year or 10 years from now.. Let go.....

TO ALL MY FRIENDS

My wish for you, is a man/women whose love is honest, strong, mature, never-changing, uplifting, protective, encouraging, rewarding and unselfish..

nie adalah satu lg forward email, but from one of my chinese friends.. fifie bce ni berkali2 ms mula2 terima, krn byk sgt pengajaran yg ley kte dapatkan.. dlm khdpn, org berkata yg cinta akan dtg pd mreka yg msh pye keyakinan wpn telah dkecewakan.. which is so true at times, cz we'll never know what's gonna happen next right? :)


dan kata2 di bawah adalah sepenuhnye milik cik fifie ierina sendiri :D

pd yg gagal bercinta (termasuk diri sy sndiri), jangan putus asa.. jgn sekali2 membenci kaum berlawanan anda, krn mgkn Allah hye ingin menguji anda dgn kekecewaan, sebelum memberikan kebahagiaan sejati.. pd yg sedang bercinta, hargai cinta sebaik2nye, kerana cinta itu sejati dr hati, bukan dr sentuhan..

pd yg merasakan bahawa mempunyai ramai kekasih itu hebat, ingatlah Yg Maha Esa.. krn sesungguhnye, karma kehidupan itu pasti.. apabila anda mengecewakan sekeping @ berkeping2 hati, anda jge akan tau betapa payah utk anda bangun semula, setelah hebatnye anda dkecewakan.. hye masa menentukan..

pd yg sudah berkahwin, syabas diucapkan.. hargai pasangan anda sebaik2nye, krn sesungguhnye die adalah anugerah dr Ilahi, sbg pelengkap khdpn.. jika die x sempurna, bimbing die ke arah kebaikan.. jika die ckup sempurna pd pndgn mata dan hati anda, ucapkan syukur atas kurniaan Tuhan..

pd yg naif, igtlah bahawa memberi hati bukan selalu utk kebahagiaan, krn kadang2 utk dkecewakan.. kongsi hatimu apabila kamu bersedia, dan lepaskan apabila kamu merasakan perlu.. cinta bukan utk dimiliki, tp utk dkongsi..

pd yg takut utk melafazkan, ketahuilah setiap kebahagiaan bermula dgn keberanian.. pd yg keberatan utk lepaskan, ketahuilah bahawa setiap permulaan ada pengakhiran.. tetapi x semua pengakhiran menjanjikan kedukaan.. mgkn pengakhiran itu hye akan membawa lbh byk kebahagiaan pd ms hadapan.. redhalah utk lepaskan, apabila anda telah benar2 pasti yg penantian itu tidak selamanya membahagiakan..

p/s jgn pernah memberi hati sepenuhnye, jika kamu tidak pernah bersedia utk dkecewakan sehebatnye.. korang2 masuk dlm kategori yg mne? share plz... =p
Related Posts with Thumbnails
 

FIERINA'S PAGE © 2008. Design By: SkinCorner