02 July 2009

Nilai Tudung Seorang Wanita

salam semua...

kali nie sy nk cakap plak psl nilai tudung seorang wanita.. sekarang nie byk da kte tgk kt mne2 yg wpn sbnya rmai wanita bertudung, tp mreka x menutup aurat dgn sempurna.. astaghfirullah, nie pesanan utk dri fifie jge sbnya.. krn sy harus akui, menjadi seorang pmpn bkn mudah.. aurat, tutur kata, peribadi kte sentiasa dperhati terutamanya oleh kaum lelaki..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


nie merupakan sebahagian artikel yg sy copy paste dr iluvislam




  • Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki


  • Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia

  • Bila mana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya

  • Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya

  • Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam

  • Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran


  • Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki


  • Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita


  • Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya


    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

subhanallah.. cantik betul artikel ni.. maaf klu sy copy paste pnjg sgt.. i just feel so reluctant to cut any not-so important parts.. sy yg pmpn ni jd terdiam sekejap ble baca.. krn sbnya, mmg setiap suruhan yg Allah turunkan adalah tidak lain tidak bukan untuk melindungi hambaNya..

personally, sy ad seorang kawan yg sgt baik.. dia muslimah yg sgt taat pd suruhan Allah.. pd rupa parasnya, sejujurnye die bukan seorang yg cantik.. tp peribadinye hebat, sy terlalu kagum dgn die.. kerana hatinye sgt cantik dan die byk tlg sy waktu sy ssh, sy percaya yg kecantikan hatinye jauh3 lebih berharga dr kecantikan rupa parasnye.. bertuah lelaki yg nmpk kecantikan sehebat itu.. betapa sy hye manusia biasa yg msh pye byk kekurangan d sisi Yang Maha Esa..

p/s korang, sila share pendapat korang kt cni.. sama2 kte tambah ilmu dunia dan akhirat k? wallahualam :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

FIERINA'S PAGE © 2008. Design By: SkinCorner