bismillahirrahmanirrahim...
pertamanya, terlebih dahulu ingin sekali saya panjatkan segala puji-pujian kepada Allah SWT serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. dear blog, pada saat ini tangan saya terasa begitu ringan sekali ingin menulis kerana ade sesuatu yang mengganggu fikiran saya pada ketika ini.. pada pagi Sabtu yang hening lebih kurang pukul 4 pagi ini, saya dkejutkan dari tidur oleh gigitan-gigitan nyamuk yang nyatanya tidak ingin lagi membenarkan saya tidur dengan lena.. akhirnya, saya akur dan terus bangun.. Subhanallah, mungkin ade hikmah mengapa saya dkejutkan dengan begitu awal sekali pada pagi nie.. juga saya percaya ade hikmah di sebalik setiap ape sahaja yang telah Allah tuliskan atas takdir saya selama ini.. saya bersyukur dan hanya ingin menjadi seorang hamba Allah yang lebih tawadhuk pada masa hadapan.. amin-amin ya rabbal alamin...
dear blog.. pada saat saya menulis entry ini, air mata saya menitis dengan begitu ringan sekali.. sambil dtemani oleh bacaan ayat-ayat al-Quran yang begitu merdu sekali, saya terasa sangat kerdil di sisi Allah SWT.. sebelum ini, ade beberapa kali air mata saya masih lagi ingin menitis dengan banyaknya tapi tidak mudah untuk saya kongsikan dengan sesiapa..
dear blog.. tadi saya buka myspace saya dan baru sahaja mendapat tahu sesuatu yang ingin sekali saya ketahui selama ini.. melalui myspace saya, saya mendapatkan link seseorang yang pernah berada dalam hati saya selama ini.. rupanya, die telah meletakkan gambar insan yang baru sahaja bertakhta dalam hatinya dalam myspace kepunyaannya.. saya berasa terkedu, tapi pada masa yang sama saya berasa lega.. lega sekali kerana seseorang yang selama ini begitu saya risaukan kehidupannya, sudah menemui seseorang yang mampu menjaga dirinya selepas saya tiada lagi dalam hidupnya.. dalam perasaan lega tersebut, masih ada juga air mata yang menitis kemudiannya.. Ya Allah, saya selalu tidak dapat memahami hati saya yang begitu mudah sekali mengalirkan air mata apabila mengetahui sesuatu berita berkenaan dirinya...
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
gadis yang saya maksudkan itu cantik sekali, dan saya bukanlah seorang gadis yang mempunyai kecantikan setara dengannya.. ada sedikit perasaan rendah diri jauh dalam lubuk hati saya, tapi cepat saya menyedari bahawa mungkin bukan lelaki itu jodoh yang terbaik telah Allah tentukan untuk diri saya.. saya melihat gambar gadis itu, entah mengapa ada satu perasaan yang begitu aneh sekali.. dalam hati kecil saya yang paling ikhlas, saya merasakan tentunya lebih bagus sekiranya gadis itu merupakan seseorang yang lebih baik daripada saya.. tentunya jauh lebih baik sekiranya gadis itu lebih utuh agamanya daripada saya serta mampu membimbing insan yang sangat saya kasihi itu ke arah jalan yang lebih diredhai Allah.. mengenali lelaki itu selama ini, saya tahu die sebenarnya memerlukan seorang gadis muslimah yang benar-benar taat kepada suruhan Allah dan Rasul untuk memberi panduan dan pedoman cahaya keimanan kepada dirinya.. sayangnya, mungkin sekali saya tidak cukup baik untuk dirinya.. dan lebih sayang lagi, gadis itu tidak kelihatan sebagai seorang gadis muslimah yang mampu membimbing die dengan sebaik-baiknya.. demi Allah, saya tahu saya tidak berhak menilai seseorang itu terlalu mudah sekali dengan hanya melihat rupa paras luarannya.. tapi itulah apa yang hati kecil saya rasakan setelah saya melihat gambar gadis itu dengan begitu jelas sekali...
blog yang saya kasihi.. selama ini, saya mendoakan agar sekiranya die mendapatkan pengganti saya, biarlah gadis itu jauh lebih baik daripada saya.. biarlah dia mendapatkan seseorang yang mampu menjaga akhlaknya dengan lebih baik dan mampu membimbing die ke arah jalan yang lebih diredhai oleh Allah SWT.. nyatanya, doa saya masih belum dmakbulkan.. adakah itu salah satu petanda bahawa Allah amat menyayangi saya dan ingin saya menjadi seorang muslimah yang lebih baik agar mudah dimakbulkan doanya?
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
dear blog.. dalam entry birthday saya sebelum ini, saya ada mengatakan bahawa saya akan selalu mendoakan agar die dkurniakan kebahagiaan yang hakiki dalam hidupnya.. sekarang saya sudah tidak lagi berhak ke atas dirinya, malah sudah sampai masanya yang paling tepat untuk saya melepaskan die sepenuhnya dari hidup saya.. namun begitu insyaAllah, doa saya sesudah solat tetap tidak akan putus untuk seorang insan yang pernah saya kasihi.. sekiranya ini caranya untuk saya terus menyintai seseorang, saya akan terus berdoa yang terbaik untuk hidupnya.. juga akan saya doakan untuk seorang kekasih hati yang terbaik untuk dirinya dan akan selalu menemani dirinya sepanjang hayat, di dunia dan juga di akhirat.. saya ikhlas mendoakan, kerana sekali saya menyintai, saya menyintai sepenuh hati..
pada saat ini, dengan penuh rendah diri kepada Allah SWT, ingin sekali saya menadah tangan dan berdoa.. kepada Maha Suci Allah Tuhan Sekalian Alam yang telah mencantumkan dua hati, bawalah die pergi sepenuhnya dari hati saya dan dari seluruh pelusuk fikiran saya.. saya sudah tidak sanggup lagi terus-terusan mengingati die pada saat saya semakin menyedari bukan die lelaki yang terbaik untuk saya.. pada saat ini, saya masih lagi selalu berasa sedih sekali.. sejujurnya, saya hanya mampu melupakan die pada saat saya sedang tidur dengan lena.. sebaik sahaja saya terjaga dari tidur, hanya dialah insan pertama dan terakhir yang selalu berada dalam fikiran saya, dan juga dalam hati saya sehinggalah saya tidur semula keesokan harinya.. dear blog, saya tahu sekali bahawa saya ini merupakan seorang gadis yang sangat menyedihkan...
dear blog.. saya selalu menyedari bahawa ada begitu ramai sekali insan-insan yang sangat menyayangi saya dalam dunia ini.. malah semakin hari semakin saya menyedari, bahawa saya harus lebih menyintai diri saya sebelum saya menyintai seseorang lelaki, sesuatu yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini.. cukuplah putus cinta sekali kerana ia terlalu menyakitkan untuk diri saya.. mulai saat ini, saya berdoa agar cukup kuat dan tabah untuk menyandarkan cinta dan kasih sayang saya kepada Allah SWT kerana Dialah sebenarnya yang paling berhak atas setiap hati hambaNya.. malah selepas ini, biarlah saya menyintai seseorang yang sudah sah berhak ke atas diri saya.. sekiranya pada satu hari nanti, jodoh saya adalah sesuatu yang diaturkan oleh orang tua saya, maka kemungkinan besar juga saya akan menerima dengan hati yang terbuka dan redha...
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
kepada ramai sekali kakak dan rakan-rakan yang selalu mengambil berat tentang diri saya, terima kasih banyak-banyak saya ucapkan.. nasihat dan pedoman yang dberikan selama ini, insyaAllah akan saya jadikan pedoman yang terbaik dalam menempuhi dugaan hidup yang lebih menyakitkan lagi pada masa hadapan.. terima kasih banyak atas kasih sayang kalian, saya benar-benar menghargai.. insyaAllah, ini merupakan kali terakhir saya bercerita tentang dirinya.. saya sudah merasakan bahawa permulaan angka 20 dan perkara-perkara menyakitkan yang berlaku dalam hidup saya mempunyai hikmah tersendiri dan akan lebih mematangkan saya pada masa hadapan.. akhir sekali, saya mendoakan agar kalian semua yang sudi membaca entry ini akan sentiasa dberkati Allah dengan kebahagiaan dunia dan akhirat yang berpanjangan.. amin-amin ya rabbal alamin...
23 January 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
“Kita sering menangis kerana kecewa dengan cinta insan yang disayang, tapi pernahkah kita menangis kerana merasa sepi dari cinta Allah yang lebih agung dari segala cinta di dunia ini?”
fifie, would like to noe u more. klo x kesah, leh x email me ur ym?. klo fifie xkesah nk open, gtau dlm komen ni pun bley. (my ym bkn email ats tu...)
e-liex,
thanks atas nasihat.. manusia kebiasaannya mempunyai tahap ketaqwaan dan keimanan yang turun naik bukan? jd saya anggap ape yang saya lalui nie sbg satu proses yang bermanfaat, utk kematangan diri yg lebih baik pada masa hadapan.. insyaAllah :)
awak nak kenal saya? actually, saya dah tulis pun yahoo ID saya dekat facebook badge tu.. do u notice it there? :)
Salam sis.
Bertuahnya sis kerana ALLAH memberi sis peluang untuk merasai dan menikmati bagaimana rasanya mencintai seseorang. Permulaan yang sebegini perit amat penting untuk dilalui setiap insan kerana ia akan menentukan pilihan sis yang seterusnya. InsyaALLAH, ini menunjukkan bahawa si dia itu bukanlah jodoh terbaik untuk sis.
Sis,
Bersangka baiklah dengan ALLAH. Akak percaya, ALLAH akan mengurniakan jodoh yg baik buat kita jika kita berkelakuan baik. Kelakuan yg baik dimulai dengan kelukaan dan kesakitan seperti yang adik alami sekarang. Kelukaan ini akan membawa senyuman di masa depan.
Sis,
Akak percaya akan takdir ALLAH. InsyaALLAH seseorang yang diciptakan untuk sis,kini pasti sedang merasai juga luka yang sis alami. Si dia yang tercipta untuk sis, sekarang ini sedang terluka sebagaimana sis. Percayalah. Itulah proses jodoh. Akak percaya, hanya insan yang pernah melalui kelukaan yang sis pernah lalui sahaja,yang akan betul2 menghargai dan menyayangi sis, insyaALLAH dunia dan akhirat.
Sis,
Jangan terlalu fikirkan kisah sedih ini. Dunia sis tidak berakhir di sini, malah proses cinta sis sebenarnya baru bermula. Tanpa kelukaan, cinta itu tiada manisnya.
Sis,
Akak doakan moga2 sis cepat2 bertemu dengan insan yang selayaknya untuk sis. Banyak berpinta kepada ALLAH. Banyak bertawakkal kepada ALLAH. Sesungguhnya daripada DIA cinta itu terdetik di hati manusia. Dan sesungguhnya DIA lah yang menetapkan jodoh kita sejak dari Loh Mahfuz lagi. Ketentuan jodoh ini kita tiada kuasa, melainkan dengan kekuasaan ALLAH.
Sis,
Jangan bersedih. ALLAH kan ada?
Salam..
Jgn bersedih k..bykkan bersabar ye...
dr entry birthday lagi sy dh ikut.pergh.susunan ayat mmg padan.syabas
U HAVE BEEN TAGGED BY ME
salam...fifie....
first time bkak blog fifie nih...
first time gak bgi komen...
kaler pink erkk..
sy pn suke pink..
nnti kalo ade ank pmpuan nk kasi dier pkai bju pink sume...hehe...
`adakala kite prlu menangis agar tau bhwa hdup nih bkn hnya utk ketawa..mreka yg dh mlalui bbagai dgaan akn lbih mhrgai erti kjujuran dn kbhagiaan...`
salam fifie...lama rasanya tak jenguk blog awk.
la tahzan...ada hikmahnya insyaAllah.
lama juga awk dh tak update
Post a Comment