ape khabar rakan-rakan yang dah lame saya tinggalkan? hope korang baik-baik aje okey.. hehehe, alhamdulillah selamat dah kte masuk tahun 2010 nie kan.. maknanye, da selamat pun kte melangkah ke dekad yang baru.. orang selalunye akan bertanya kepada kte ape sebenarnya azam kte sesuai dengan kedatangan tahun baru nih.. tapi untuk diri saya sendiri, rasanye lebih baik kte fokus balik pada apa yang telah kte capai pada tahun 2009 supaya kte ley improve lagi dengan lebih baik pada tahun 2010, betul tak korang? heee~ :D
anyway, terima kasih banyak2 pada korang yang banyak bagi support pada saya masa entry birthday saya baru aje publish lebih sebulan yang lalu.. alhamdulillah, saya dah semakin okey.. pada saat saya menulis entry baru malam nie pun rasa cm x larat je nak reply lagi komen-komen korang.. cz saya nie jenis yang akan reply respons korang dengan sepenuh hati, especially ble entry tu entry yang special untuk diri sendiri (hahaha, cm poyo aje rasanye).. pada korang yang singgah chatbox saya pun terima kasih banyak2, saya akan reply visit korang kemudian yea, insyaAllah.. owh yea, nak share something dengan korang.. sebenarnya, saya nie asyik nak tergelak2 aje baca komen korang yang kepayahan nak habiskan membaca entry birthday yang panjang gle tu kan, hehehe.. sebenarnye ade reason nape saya tulis panjang cmtu.. saya niatkan dalam hati saya, biarlah itu hanya kali pertama dan terakhir saya menulis tentang die.. so memandangkan saya dah niatkan nak tulis hanya sekali, that's why entry tu panjang gle xley blah.. hehehe, sorry sangat eh korang... :)
okey, moving on to our topic.. actually, xde niat pun nak tulis pasal cinta malam nie.. tapi td tbe2 dapat idea untuk share dengan korang jenis-jenis lelaki yang tak terlalu payah untuk ditepis niat hatinya oleh kaum wanita.. so korang yang rase die single ataupun yang dah berpunya tapi rse nak improve lagi diri korang untuk jadi pasangan yang lebih baik, teruskan bacaan korang okey..
1. lelaki yang anggap berfoya-foya itu COOL
okey, let's do it.. pertamanya, korang janganlah berangan nak memiliki hati seorang wanita yang tulus menyintai korang kalau korang sendiri tak gheti nak hargai perasaan cinta tu sendiri.. pada diri saya sendiri, lelaki jenis kasanova atau "buaya laut yang tersesat naik ke darat" nie adalah jenis buaya yang mudah dkenali melalui percakapannya.. tak salah kalau korang rase berfoya-foya itu adalah COOL, tapi janganlah ngada2 nak mengharap kasih sayang yang luhur dari seorang wanita kalau diri sendiri x bersedia lagi nak berubah.. okey?
2. lelaki yang bicara dan perwatakannya KASAR dengan wanita
nie lagi satu ciri yang personally saya sendiri akan reject terus kalau jumpe perwatakan yang sewaktu dengannya.. untuk menjadi kawan biasa mungkin xde masalah tapi untuk menjadi teman hidup, hurm kemungkinan besar TIDAK.. nape saya ley cakap cmni? okey, kebanyakan wanita memang dlahirkan dengan sikap lemah lembut yang tinggi.. so kalau korang kasar dengan perempuan, perempuan akan rasa tak selesa dan kemudiannye dengan mudah je xnak pedulikan korang lagi.. so, kat situ sape yang rugi? diri sendiri jugak kan? hehehe.. so kalau boleh, sekiranya baru kenal tu gunalah perkataan "saya awak".. pada saya, lebih manis dan sopan ddengar.. malah, jangan ngada2 nak pukul bahu perempuan atau main bertepuk tampar dengan perempuan yang baru korang kenal.. mungkin lain perempuan lain pendapatnya.. malah, ade sesetengah lelaki yang tak mampu nak lembutkan lidah diorang untuk panggil "saya awak" pada awal perkenalan.. tak mengapa, selidik dulu personaliti wanita yang korang ingin dekati tu okey.. sesetengah wanita mudah memahami dan bertolak ansur dengan sikap lelaki yang nampak kasar tetapi realitinya berjiwa lembut.. so, ingin saya tegaskan sekali kat cni yang semua nie merujuk pada general sahaja yea..
3. lelaki yang mempunyai tahap EGO melampau
jenis lelaki seperti nie, masyaAllah selalu wat kami orang perempuan pening kepala.. kalau korang nak tau guys, kebanyakan wanita memang aware dengan sikap lelaki yang secara semula jadinya dlahirkan dengan ego yang tinggi.. normallah tu, ktorang memang dah lama paham pun.. dan kebanyakan perempuan pun memang bersedia nak mengalah walaupun ktorang tak salah, kalau kena dengan caranya.. mungkin ade perbezaan ckit la kalau wanita tu ade super degil ckit cm gadis yang tengah menaip nie, hehehe.. satu aje nasihat saya pada lelaki-lelaki yang tengah baca nie, janganlah nak biarkan ego korang mengalahkan Great Wall of China tu okey? cz hampir semua perempuan memang tak ley tahan dengan tahap ego melampau seorang lelaki walaupun die sangat sayang kat korang.. okey guys, this is very important to take note yea.. :)
4. lelaki yang selalu LUPA dirinya adalah khalifah Allah
memandangkan korang adalah dlahirkan sebagai seorang lelaki, why not korang cuba fikirkan baik-baik nape Allah ciptakan korang sebagai seorang lelaki dan bukan sebagai seorang wanita.. Allah telah menciptakan sesuatu kejadian tu dengan begitu sempurna sekali, malah luasnya pengetahuan Allah tu tak mungkin terjangkau dek akal kte.. so, mesti ade sebab kan nape korang lahir sebagai seorang lelaki? cz korang sume nie adalah insan-insan terpilih yang telah dpertanggungjawabkan untuk menjadi pembimbing terbaik kepada mane2 wanita yang bakal melengkapi hidup korang.. so, muhasabahlah diri untuk menjadi antara khalifah Allah yang terbaik di dunia dan di akhirat untuk insan-insan yang korang kasihi.. saya sebagai seorang perempuan, ley memberi jaminan bahawa kebanyakan perempuan dalam dunia nie memang mengharapkan bimbingan dan pedoman yang baik daripada lelaki yang menjadi suami mereka.. wallahualam~
5. lelaki yang SUKA MENGARAH dan selalu anggap diri sendiri hebat
korang yang rasa diri sendiri anak sulung tu, sila take note benda nie okey.. saya percaya kebanyakan anak lelaki sulung memang mempunyai sikap suka mengarah yang tinggi.. sebenarnya tak salah pun sikap nie, cuma cara korang bercakap dengan adik-adik atau orang bawahan korang tu yang korang kena renung dan perbaiki semula.. pada saya sendiri, saya dah biasa diarah untuk lakukan sesuatu sebab saya adalah anak tengah dan merupakan anak perempuan pertama dalam keluarga.. tapi cara nak minta seseorang wat sesuatu tu yang sangat penting.. saya bagi contoh ayah saya la keh.. ayah saya kalau nak suruh anak-anak die lakukan sesuatu, memang akan cakap dengan lembut dan berhikmah.. jadi kte pun rse senang hati sangat nak tolong atau tunaikan pekerjaan yang ayah kte suruh tu kan? berbeza kalau kte dsuruh lakukan sesuatu dengan kasar atau "with low manners", of course kte akan wat benda tu dengan rase sangat tidak rela hati dan terpaksa.. lagi-lagi kalau kena pada yang berjiwa sensitif cam saya nie, adui makin tension laa jawabnye.. so korang, sikap suka mengarah nie x salah asalkan korang reti nak minta pertolongan orang lain dengan kata-kata yang baik dan berhikmah okey..
6. lelaki PEROKOK yang bahagia nengok orang tak bersalah mati lagi awal dr die
korang yang lelaki mesti paham kan nape title yang nie cam kejam gle.. cz kebanyakan perempuan memang demand persekitaran yang BEBAS ASAP ROKOK termasuklah saya.. korang yang lelaki tu, korang ingat korang hensem + macho sangat ke ble hembus asap rokok kat orang lain yang tak bersalah dan nak hidup lagi lame dari korang tu?? come on la wei, kalau dah gian sangat pun, gi merokok jauh-jauh, gheti? so that, yang akan mati cepat adalah diri korang sendiri dan bukannye orang-orang tak bersalah yang hari-hari ade kat persekitaran korang okey.. sekian, harap maklum!
kepada lelaki-lelaki yang semacam nie, sejujurnya korang bukanlah jenis lelaki pilihan wanita kalau korang tak mampu nak kawal perasaan marah tu dengan sebaik-baiknye.. tak salah nak marah walau hebat cmne sekalipun, kerana lumrahnya manusia memang tidak sempurna dan penuh dengan kekurangan.. tapi cuba untuk menjadi seorang yang lebih berhati-hati ble sedang marah, kerana tanpa sedar mungkin kte akan cakap perkara-perkara yang tidak baik dan sangat rude kepada seorang perempuan.. so elakkan sebarang perkataan yang sangat menyakitkan hati antara satu sama lain ble berselisih faham.. nie kerana, korang tentu tak nak pasangan korang menyampah dan benci dengan korang kerana kata-kata rude yang terlafaz dsebabkan perasaan marah yang tak terkawal tu kan? dan lagi, silalah practice untuk selalu jadi seorang lelaki yang pandai menghormati orang lain walau cmne rendah sekalipun taraf orang tu di mata korang.. bukan hanya penting untuk menghormati orang yang lebih tua, malah jadilah seorang lelaki yang pemaaf dan mudah memafkan kesalahan orang lain...
8. lelaki yang TIDAK PEKA pada perubahan emosi seorang perempuan
adui, nie lagi satu jenis lelaki yang memang payah nak dterima oleh kaum perempuan.. biasanya kan korang, perempuan yang sedang merajuk memang takkan cakap yang die tengah merajuk.. biasanya lelaki tu yang kena paham sendiri cz nie memang sikap semulajadi kebanyakan wanita.. ape lagi ble bercakap tentang wanita melayu yang selalu payah nak luahkan isi hati sendiri betul tak? hehehe.. so korang, korang kena belajar untuk betul-betul paham emosi wanita yang korang sayangi atau ingin nak dekati tu okey.. kena selalu belajar untuk lebih memahami karakter die supaya korang dengan mudah dapat pick up, adakah die sedang merajuk, marah, merajuk sayang, marah tahap gempa bumi scala Ritcher 8, atau sebagainye.. hikhik! :P
guys, please3 don't act too serious when u're with us.. be more gentle and relaxed, cz we would like to see more of that from you.. okey korang, kalau bersama dengan perempuan tu biarlah dalam suasana yang begitu menyenangkan dselitkan dengan jenaka atau celoteh yang santai dan bersesuaian.. jangan jadi seorang lelaki yang kaku dan beku okey, ktorang tak suke.. hehehe! maknanye, janganlah serius sangat dengan kami walaupun korang sedang dbebani dengan masalah kerja yang super hebat lagi memeningkan.. selalulah senyum dan cuba buat diri korang selesa dengan kami, kerana kami dengan sendirinya akan berasa selesa untuk bersama dan berbual panjang dengan korang.. be cool but not to cold, and be a pleasant but not a sweet talker yea.. :)
10. lelaki yang mempercayai bahawa DUIT mampu MEMBELI HATI wanita
nie merupakan antara ciri-ciri yang saya selalu sangat saya nengok kat drama melayu kat TV tuh.. cubalah korang produser drama atau filem tu jangan stereotaip sangat dan tiru kejayaan drama Nur Kasih yang super duper best tuh.. hehehe! off topic jap, lalalala~ so, kalau satu hari nanti korang dtakdirkan jadi seorang yang berduit dan mampu untuk hidup senang, janganlah menganggapkan dengan duit itu ley membeli hati seorang wanita okey.. nyatanya saya harus bersetuju bahawa duit sangat penting dalam hidup kte.. tapi sekiranya satu hari nanti saya akan berkahwin dengan seseorang lelaki, maka saya akan sangat bersyukur dengan seorang suami yang sederhana sahaja hidupnye tapi mempunyai keikhlasan dan kejujuran yang tiada tolok bandingnya.. malah, saya percaya masih ramai lagi wanita di luar sana yang akan bersetuju dengan kata-kata saya.. so guys, belilah hati seseorang wanita yang korang cintai tu bukan dengan wang ringgit, tapi dengan keikhlasan dan kejujuran yang tidak bertepi okey.. wallahualam~ :)
okey korang, tu jela kut yang saya nak share dekat cni untuk malam nie.. tadi baru aje dapat satu mesej kat facebook yang terus wat saya berfikir panjang tentang sesuatu.. walaupun mungkin korang rase saya cm konfiden aje ley advice korang macam-macam hal kat cni, tapi hakikatnya saya masih lagi seorang gadis yang perlu lebih banyak ruang untuk menjadi seorang yang lebih matang, insyaAllah.. dear Allah, i am aiming for a better Fifie Ierina along with this change in front number of my age, please make it easy Ya Rahman Ya Rahhim.. amin2 ya rabbal alamin...
7 comments:
stuju~ especially no 6 pasal perokok tu.. saya pun sangat sensitif ngan bau rokok. even xnampak org yg merokok pun, bley tau ada org skllg sy ngah merokok. to all perokok yang suka merokok depan orang ramai ni.. "kalau nak bunuh diri tu, bunuh diri sorang2 dahla.. janganlah libatkan orang lain.." (memang xsuke btul ni!)
e-liex,
sama la.. biasanye pmpn yang peka dengan bau rokok nie memang sangat terkesan dengan bau rokok, wpn jauh dari die.. selalu hadapi masalah nie ble nak makan kat luar.. teruk kan? +_+'
hahaha, jangan terlalu membenci mereka.. selalunye lebih banyak kte benci mereka, lagi tinggi kemungkinan utk dapat pasangan hidup cmni.. be cool okey :)
eheheh... oooo byk gak kriteria lelaki yg pempuan x suka... bhehehe
nie kene ada vice versa nie.. bru best.. hehe =P
bllg nk try tulis entri pasal "10 jenis pempuan yg sangat mudah di reject oleh lelaki"... =P
ok x??? hehe
http://alkisahsibelalang.blogspot.com/2010/01/10-jenis-wanita-yang-mudah-di-reject.html
da siap da.. hehe... kalo rajin bclah.. motip sangat.. hihi =P
lelaki yg punyai 10 ciri itu, rasanya tak kisah kena rejek pun. selambe.
trust me.
Takut2 yg merejek itu nnt terpuruk dlm bilik nangeh.
kks.com
belalang,
awak nie memang sengaja je kan? hahaha, da selamat komen pun entry awak yang tu.. best2, saya suke.. weee~ :P
khairi,
maksud awak, lelaki yang punye salah satu ciri, beberapa ciri atau semua sekali ciri yang dsebutkan?
anyway, pada saya mudah aje sbnya.. saya menulis nie untuk berkongsi ape yang saya sbg seorang pmpn, ley share utk kebaikan orang lelaki sendiri..
sekiranya awak merasakan pmpn yang akan byk merana klu reject lelaki2 jenis nie, mgkn ade benarnya.. cz manusia mmg dlahirkan dgn banyak kekurangan, tpulang adakah pmpn tu bersedia untuk terima atau tidak..
tp sebaik-baiknye bagi kaum adam, ambillah semua point nie dari sudut positif.. dan cuba perbaiki mane2 yang berkenaan, supaya kte akan jd seorang yang lebih baik demi pasangan yang kte kasihi.. wallahualam~ :)
Post a Comment